
|
CLICk! Story About Links The Owner ![]() ![]() |
Happy Five Month Sayang!
20 Dec 2012 | 3:46 am | 0 BlackWhite
Amira, Walaupun sudah masuk hari ke4 kita menyambut bulan ke5 kita berhubungan, Cinta kita tetap kukuh dan utuh. Alhamdulillah..Maaflah, saya tiada hadiah yang dapat saya berikan kepada awak sayang. Apa yang boleh saya beri adalah kasih dan cinta yang tidak berbelah bagi serta perhatian sepenuhnya kepada awak. Harap itu sudah memadai. :)
Sepanjang tempoh perkenalan dan perhubungan kita ini, saya dapati hubungan kita semakin jauh.. jauh oleh kerana tiada masa untuk keluar bersama macam dulu, Saya faham perasaan awak. awak sebenarnya sakit, Sakit menahan rindu yang tidak pernah surut kepada saya. Begitu juga saya Amira.
''Hendak sahaja saya menulis perkataan rindu itu di atas batu lalu batu tersebut saya baling ke arah muka awak agar sakit yang dirasakan itu awak turut merasakan dan mengerti bahawa RINDU itu sememangnya sakit!!''
Namun begitu, saya tetap bersabar dengan keadaan yang murung, :( dan berharap satu hari nanti kita dapat berjumpa semula... Sehebat mana ujian yang diberikan kepada kita, saya mahu sangat awak bersabar, kerana orang yang bersabar Allah sentiasa sayang dan dapat banyak pahala...Awak merupakan seorang yang tabah amira. Oleh sebab itu, tiada masalah bagi awak untuk bertahan dan bersabar dengan ujian yang diberikan ini...
|